Taj Us-Salatin

Taj Us-Salatin
                                                                        Sinopsis:
Taj Us-Salatin mengisahkan tentang      syarat yg perlu dipatuhi oleh raja2,menteri dan pegawai semasa mentadbir sesuatu kerajaan. Kisah bermula apb sultan Ismail Samani yg merupakan raja Kharsan pd suatu hari didatangi oleh seorang pendeta. Pada mlmnya sultan Ismail Samani bermimpi nabi Muhammad SAW bersabda supaya beliau memuliakan pendeta.
Diceritakan pula ttg sultan Abdullah Tahir yg memerintah kerajaan negeri kharsan. Ramai     orang datang berjumpa beliau kecuali Ahmad Arab dan Muhammad Islam. Sultan Abdullah Tahir mengambil keputusan utk ke rumah Ahmad Arab. Apb Abdullah Tahir mendengar apa yg dikatakannya beliau terus keluar dan menangis lalu ke rumah Muhammad Islam.
Muhammad Islam yg mendapat berita bhw sultan ingin ke rumahnya terus menutup pintu. Hikayat dlm kitab Tarikh pula menceritakan ttg sultan Mahmud yg menginginkan hambanya Iyaz yg sgt baik budi pekerti dan lemah lembut.

Persoalan:

  1. Persoalan tentang kesabaran dlm melakukan pekerjaan.
          Cth: “disukakan hati seseorang yg mukmin itu terlebih pahalanya drpd kebaktian segala manusia dan segala jin. Maka harus drpd erti hadis ini bhw raja itu sentiasa menantikan dan sabarkan… .” m/s101

  1. Persoalan tentang kebijaksanaan raja dlm menjalankan sesuatu perkara.
          Cth: syarat yg kesepuluh hendaklah yg raja itu dgn bijaksananya membicara dlm hukum dan tiada alpa… . m/s108

  1. Persoalan tentang kebenaran dlm melakukan sesuatu hukuman.
          Cth:Apb hakim itu tiada didukakan drpd kedukaan manusia dlm hukum yg benar dan tiada disukakan drpd kesukaan manusia dlm hukum syariat dan takut drpd murka Allah Taala dan kerana itu ia menghukumkan dgn kebenaran. m/s103

      4.    Persoalan tentang menghormati org yg berilmu.
          Cth: ada suatu hari dtg pendeta kpdnya.Maka ia memberi hormat kpd akan pendeta itu. m/s104

5. Persoalan tentang mengasihi antara satu sama lain.
          Cth: “terbaik drpd segala raja mereka itulah yg mengasihi kamu dan kamu pun mengasihi dia… .” m/s107


Latar Masyarakat:

  1. Masyarakat yg bersabar dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.
v  cth: “disukakan hati seorang yg mukmin itu terlebih pahalanya drpd kebaktian segala manusia dan segala jin itu.Maka harus daripada erti hadis ini bahawa raja itu sentiasa menantikan dan sabarkan kerana pekerjaan segala hamba Allah dlm menanti itu shj ia beroleh pahala segala kebaktian kedua mereka itu dan mereka itu sehingga ada pekerjaan ini hendaklah raja itu jangan berbuat kebaktian yg lain melainkan lima waktu itu jua.”

2.      Masyarakat yg beriman dlm hidup.
v  Cth: syarat yg ketiga hendaklah yg raja itu dlm segala hal menurutkan akan peri dan perbuatan segala raja2 yg beriman dan budiman dan adil itu dan jangan biasakan nafsu dirinya akan makanan yg sedap dan pakaian yg halus kerana drpd dua perkara ini beroleh kuat nafsu itu yg ada seteru manusia jua.

3.      Masyarakat yang melakukan sesuatu hukuman dgn kebenaran yg telah terbukti.
v  Cth: Apb hakim itu tiada didukakan drpd kedukaan manusia dlm hokum yg benar dan tiada disukakan drpd kesukaan manusia dlm hukum syariat dan takut drpd murka Allah Taala dan kerana itu ia menghukumkan dgn kebenaran.

4.      Masyarakat yg sentiasa berwaspada dlm pekerjaan.
v  Cth: syarat yg keenam, hendaklah yg raja itu sentiasa mengingatkan segala kesukaran dan kejahatan pekerjaan kerajaan itu mengetahui bhw drpd pekerjaan kerajaan itu beroleh kebajikan dunia dan akhirat org itu yg dpt mengerjakan pekerjaan itu dgn kebenaran.

5.      Masyarakat golongan istana yg berbudi dlm pekerjaan.
v  Cth: maka hendaklah raja yg berbudi itu mengusahakan pekerjaan yg baik itu supaya dgn suatu pekerjaan itu beroleh beribu-ribu pekerjaan yg baik dan dgn suatu kebaktian ia beroleh pahala segala kebaktian sekalian manusia yg dlm hukumnya itu yg terlebih dahulu drpdnya.


Latar Tempat:

  1. Di pasar
         cth: hikayat tatkala Amirumukminin Ali r.a duduk pd pangkat khalifah maka pergi ia ke pasar dan dibelikan dgn tiga dirham suatu baju dan dikeratkannya tangannya baju itu dan dibuangkan dan memakai baju itu.

  1. Di rumah Ahmad Arab.
         Cth: maka pada sehari datanglah sultan ke rumah Ahmad Arab itu.

  1. Di atas kuda.
         Cth: apb dtg hari jumaat maka sultan di ats kuda dgn segala lasykar menanti syeikh itu dtg.

Latar Masa:

  1. Pada hari Jumaat.
          “pada hari Jumaat tatkala Syeikh itu pergi ke masjid aku hendak mendapatkan syeikh itu.”

Nilai:

1. Nilai kesabaran
          Cth: “disukakan hati seseorang yg mukmin itu terlebih pahalanya drpd kebaktian segala manusia dan segala jin. Maka harus drpd erti hadis ini bhw raja itu sentiasa menantikan dan sabarkan… .” m/s101

  1. Nilai keimanan
          Cth:syarat yg ketiga hendaklah yg raja itu dlm segala hal menurutkan akan peri dan perbuatan segala raja2 yg beriman dan budiman dan adil itu dan jangan biasakan nafsu dirinya… . m/s101

  1. Nilai menghormati
          Cth: ada suatu hari dtg pendeta kpdnya.Maka ia memberi hormat kpd akan pendeta itu. m/s104

4. Nilai kebijaksanaan
          Cth: syarat yg kesepuluh hendaklah yg raja itu dgn bijaksananya membicara dlm hukum dan tiada alpa… . m/s108

5. Nilai kasih sayang
          Cth: “terbaik drpd segala raja mereka itulah yg mengasihi kamu dan kamu pun mengasihi dia… .” m/s107

Pengajaran:

  1. Kita hendaklah sentiasa bersabar dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

  1. Kita perlulah mempunyai keimanan dlm diri supaya tidak dikuasai oleh hawa nafsu.

  1. Kita haruslah memastikan sesuatu kebenaran sebelum menjalankan hukuman.

  1. Kita hendaklah hormat menghormati antara orang yang berilmu.

  1. Kita haruslah saling mengasihi antara satu sama lain.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Anak-Anak Yang Bergelimpangan

Tumpahnya Selaut Darah